SEJARAH BAPAK DR. BAGINDO MUCHTAR (BBM)

SEJARAH BAPAK DR. BAGINDO MUCHTAR (BBM)

Muchtar bin Uddin atau lebih dikenali sebagai Bapak Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D. adalah pengasas (founder) Ilmu Mengenal Diri. Rujukan utama kepada pengetahuan Mengenal Diri yang beliau pelopori terkandung di dalam buku beliau yang bertajuk 'Diriku Yang Kukenal.' Buku ini adalah tesis yang melayakkan beliau untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran (PhD)oleh St. Olav Academy, Perancis.

Bapak Dr. Bagindo Muchtar dilahirkan pada tahun 1916 di Pariaman, Padang, Sumatra. Ayahnya seorang dukun yang terkenal di daerah Pariaman dan seperti lain-lain dukun tradisional Melayu, beliau menggunakan serapah jampi dan mantera dalam upacara pengubatannya. Dalam tesisnya Bapak Dr Bagindo Muchtar merakamkan bahawa beliau pernah dijadikan anak angkat "oleh seseorang yang kemasukan untuk mendapat benda atau untuk keperluan sesuatu". Nyatalah bahawa sejak zaman kanak-kanak lagi beliau sudah terdedah kepada suasana mistik dan kebatinan, justeru tidak menghairankan juga jikalau Bapak Dr Bagindo Muchtar ikut tertarik kepada hal-hal kebatinan.

Bapak Dr. Bagindo Muchtar menjadi seorang anak yatim sejak kecil lagi. Beliau mempunyai bapa tiri (apabila ibunya menikah lagi) yang menurut beliau sendiri "boleh dikatakan sayang tidak, benci pun tidak". Ibunya bagaimanapun sangat menyayangi beliau, kerana beliaulah anak lelaki yang sulung dan kepadanya terletak harapan di hari-hari tuanya. Bapak Dr Bagindo Muchtar mempunyai seorang adik kandung lelaki dan seorang adik perempuan dari lain bapa. Pada ketika iktisar ini ditulis, adik perempuannya tinggal di luar kota Jakarta. Sungguhpun demikian, ibunya yang dikasihi telah pulang ke Rahmatullah sebelum sempat beliau memenuhi segala harapan dan cita-citanya.

Pada tahun 1935, iaitu ketika berusia 19 tahun dan baru tamat sekolah Belanda (IH), beliau telah merantau keluar dari daerah Padang. Destinasi pertamanya ialah Jambi dan di sana beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat minyak. Peningkatan dalam bidang pekerjaannya sangat mendadak sehingga dalam tempoh yang singkat ditukar ke bahagian carigali minyak di tengah hutan belantara Jambi. Sungguhpun begitu, kiriman wang kepada ibunya saban bulan tidak pernah putus.

Pada tahun 1938 beliau diijabkabulkan dengan anak pamannya (bapa saudaranya) yang bernama Nurmali Syamsudin dan mereka dikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan; yang sulung Hajjah Elly Salam Ghani, Hajjah Mulyati Djonhar yang tengah dan Suryati Muchtar yang bongsu.

Dari Jambi Bapak Dr. Bagindo Muchtar dan keluarganya berpindah ke Palembang dan bekerja dengan Bata Shell Petrolium Maskapai (BPM). Setelah kira-kira 20 tahun bekerja di Palembang, satu peristiwa aneh telah berlaku ke atas dirinya; ada suara menyuruh beliau berhenti kerja. Suara itu berturut-turut datangnya hingga ke beberapa hari, lantas menimbulkan tanda tanya, apa maksud kesemua ini?

Kejadian aneh itu direnung, ditenung dan ditimbang, sehingga beliau memutuskan untuk berhenti kerja. Kali pertama beliau menemui majikannya untuk minta berhenti kerja, permohonannya ditolak begitu sahaja dengan alasan bahawa tenaganya masih diperlukan. Dicuba lagi kali kedua, namum ditolak juga dengan alasan yang sama. Sampai satu ketika beliau memperolehi akal untuk mendapatkan surat doctor bagi ‘mengesahkan’ bahawa beliau sakit dan tidak boleh berkerja lagi. Dengan surat pengesahan itu, permohonan beliau untuk berhenti kerja diterima dan diberi pula ganjaran (gratuity) yang agak lumayan oleh majikannya. Dengan wang ganjaran berkenaan beliau bersama keluarganya pindah ke Jakarta dengan tujuan untuk membeli sebuah rumah dan dengan wang selebihnya pula beliau mahu berdagang. Beliau mendapati bahawa kota Jakarta tidak sesuai baginya, lalu terus ke Bogor. Bogor memikat hatinya, apa lagi dengan suasananya yang aman, udaranya yang nyaman dan tenteram pula. Cita-cita membeli sebuah rumah untuk keluarganya tercapai di Bogor. Meskipun baki wang ganjaran itu tidak banyak, beliau masih boleh jadikan wang untuk berdagang.

Kehendak dari kita, namun ketentuan hanya dari Tuhan. Di Bogor beliau menghadapi cubaan yang sangat berat, iaitu apabila isterinya (Ibu Nurmila Syamsudin) jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia “akibat dari buatan ahli keluarga isterinya sendiri dengan dibantu oleh seorang dukun; katanya mengubat akan tetapi kenyataanya tambah memperdalamkan penyakitnya”. Isteri dikasihi dan dicintainya, yang banyak tahu dan mengerti padanya, dan yang telah bergaul sebagai suami isteri kira-kira 17 tahun, dengan suka duka mereka lalui bersama, meninggal pada hari Isnin 27 Februari 1955. Dicatatkan oleh Bapak Dr. Bagindo Muchtar bahawa sebenarnya rencana dari pihak ahli isterinya itu adalah terhadap badan dirinya dengan tujuan untuk dapat menguasai apa yang ada padanya. Mereka mengsyaki beliau memiliki banyak harta simpanan seperti emas dan sebagainya. Namun begitulah, beliau sendiri yang dituju, isteri tercinta pula yang jadi mangsa tak berdosa.

Setelah isterinya meninggal, timbul pula tuduhan terhadap dirinya bahawa beliau adalah punca isterinya jatuh sakit dan meninggal dunia. Malah diperkatakan pula bahawa beliau sendiri membunuh isterinya. Keterangan-keterangan daripadanya tidak diendahkan oleh masyarakat sekeliling, bahkan adik kandungnya sendiri tidak memihak kepadanya. Dalam thesis Bapak Dr. Bagindo Muchtar mencatatkan “… kerana telah terlebih dulu dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak dukun dan ahli keluarga isterinya.” Tambah Bapak lagi “… beliau dihukum tanpa diadili, tidak bersalah dikatakan bersalah, kemerdekaan dirampas dan harta-benda yang tak seberapa dikuasai pula.”

Tubuhnya pada waktu itu sangat letih dan lemah kerana menghadapi peristiwa yang berlaku terhadap badan dirinya dan isterinya; berjaga-jaga siang dan malam, menangkis segala macam serangan yang datang. Dikala itu beliau berasa seolah-olah ada yang mendampinginya, iaitu yang ghaib melindunginya untuk bisa bertahan bagi menghindar hal-hal yang tidak baik terhadap badan dirinya. Malah dikala itu juga, beliau berasa hubungannya dengan Tuhan sungguh dekat, kerana ingatan serta pasrah semata-mata kepada-Nya. Pada waktu itu beliau hanya bertekad mahu menuntut keadilan. Namun keadilan itu tidak mungkin diperolehi dari masyarakat. Beliau tidak mengadu hal yang berlaku kepada pihak polis, kerana semua hal tidak mempunyai bukti yang nyata. Justeru, beliau bertekad mencari Tuhan semata-mata hendak menemui-Nya untuk memohon keadilan. Hanya itulah tujuannya waktu itu; menemui Tuhan untuk minta diadili, memohon keadilan semata-mata.

Sesudah selesai sembahyang maghrib pada satu malam Jumaat, beliau menadah tangan memohon keadilan kepada Allah s.w.t. Itulah usahanya memohon keadilan, seperti yang sudah sekian lama dilakukannya; berdoa kepada Tuhan semata-mata. Namun pada malam Jumaat itu, dia berasa tangannya seperti dikuasai oleh sesuatu denyut rasa yang aneh lalu kedua-dua belah tangannya bergerak, bergerak, bergerak dan bergerak. Beliau tidak dapat menguasai (control) pergerakan itu, lalu dituruti pergerakan tangannya, sambil melafazkan “Lailaha il-Allah” dengan penuh kehairanan. Kejadian yang sama berulang-ulang pada malam kedua dan ketiga, malah beliau mula bercakap sendirian ketika ‘bergerak’. Dan beliau menyedari bahawa tenaganya mulai pulih, kesihatannya semakin baik dan fikirannya semakin mantap. Apabila beliau dapati surat-surat penting seperti hakmilik rumah, barang-barang perhiasan, pakaian dan lain-lain barang berharga sudah tiada di almari, beliau mulai bertindak. Dengan perantaraan seorang sahabatnya, beliau minta disampaikan supaya kesemua barang-barang miliknya dikembalikan dalam waktu yang singkat. Malah beliau memberi amaran jikalau itu gagal dilakukan, beliau akan membawa persoalan ini kepada pihak polis. Alhamdulillah. Pihak yang ‘memindahkan’ barang-barang berkenaan dari orang-orang tertentu telah bertindak memulangkan, meskipun tidak kesemuanya. Namun, perasaan tidak puas masih menyelubungi hatinya yang mahu kepastian dari seseorang yang lebih tahu mengenai peristiwa yang telah beliau hadapi; iaitu siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah.

Seorang jiran menganjurkan supaya beliau menemui seorang ulama besar di Jawa Barat, yang sering didatangi orang dan pembesar-pembesar, pun tidak ketinggalan alim ulama dan konon khabarnya satu-satunya ahli falak yang terpandai dan ternama di Indonesia. Beliau diberitahu oleh ulama berkenaan bahawa dalam perkara itu memanglah beliau di pihak yang benar dan pihak yang melakukan kerja jahat (dalam kes almarhum isterinya) adalah ahlinya sendiri.

Sejak itu mulailah ada ketenangan dalam hatinya, namun rasa ingin membuktikan kebenarannya tatap masih terkesan dihatinya. Bersama anak-anaknya beliau pulang ke kampung halaman iaitu di Pariaman, Padang. Namun puteri-puterinya yang masih kecil sering pula bertanyakan mengenai ibu mereka. Bapak Dr. Bagindo Muchtar tidak sampai hati mendengar pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya yang masih kecil, lalu memutuskan untuk menikah lagi iaitu dengan Ibu Hajjah Hasnah. Ibu Hasnah bagaimanapun tidak mempunyai anak dengan Bapak Dr. Bagindo Muchtar.

Sesudah sebulan bernikah, Bapak Dr. Bagindo Muchtar mengambil keputusan untuk merantau bersama-sama dengan Ibu Hajjah Hasnah dan ketiga-tiga orang puterinya. Kali ini mereka sekeluarga pergi ke Jambi. Di Jambi, Bapak bekerja disebuah syarikat carigali minyak. Seorang teman sejawatnya telah meminta pertolongan Bapak untuk mengubat isterinya yang sakit sudah hampir dua tahun lamanya; sakitnya akibat perbuatan jahat. Pada temannya itu dia melihat kembali peristiwa yang pernah dialaminya sendiri. Beliau berasa sedih lalu memberi pertolongan kepada isteri temannya. Sesudah satu bulan, dengan izin Allah, isteri temannya kembali pulih seperti biasa. Beliau bagaimanapun menasihati temannya supaya meninggalkan Jambi, kerana temannya punya banyak musuh di Jambi. Justeru menghindar adalah lebih baik, Bapak sekeluarga dan temannya itu berpindah ke Medan. Di Medan temannya tinggal di rumah keluarganya sendiri, sementara Bapak sekeluarga pula tinggal di rumah keluarganya sendiri.

Di Medan, nama beliau mulai disebut-sebut orang, khususnya dalam bidang tolong-menolong, sosial atau di bidang perubatan. Tidak berapa lama di Medan, peristiwa ghaib yang beliau alami semasa di Bogor sewaktu isterinya baru meninggal dialami kembali. Beliau mulai bercakap-cakap bersendirian dan tidak mahu makan, malah minum kopi hanya seteguk sahaja. Apa yang diperlakukan orang terhadap badan dirinya diceritakan kesemuanya, sampai keluarganya di Medan menganggap beliau sudah tidak siuman lagi. Namun, kejadian-kejadian pelik itu juga menyebabkan beliau mula dikenal oleh bomoh-bomoh, pawang-pawang, orang-orang kebatinan dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang mencuba atau menguji dengan ilmu atau kepandaian masing-masing. Tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, cubaan, ujian atau dugaan mereka tidak menjejaskan, malah ‘tenaga ghaib’ anugerah Allah itu dapat diketahuinya dengan lebih mendalam. Namanya terus jadi sebutan masyarakat sekeliling, malah mereka tidak lagi mendatangi bomoh atau pawang di daerah itu. Sebaliknya mereka datang kepada beliau. Hal ini tentulah menimbulkan rasa tidak senang dan iri hati bomoh dan pawang di daerah itu terhadapnya.

Bapak Dr. Bagindo Muchtar bagaimanapun tidak duduk di rumah sahaja, tetapi mengembara dari satu daerah ke satu daerah di seluruh pulau Sumatera; ke Palembang, Siantar, Tebing Tinggi, Pelabuhan Miri, malah ke seluruh daerah atau jajahannya. Apabila kembali ke Medan, beliau melapangkan masa menemui orang-orang yang datang meminta tolong, sementara pada malam harinya pula dikhaskan untuk membimbing, memberi kuliah, berjalan bersama-sama dengan murid-muridnya. Sejak itu beliau dikenali di Medan sebagai ahli sarjana atau ahli ilmu tasawuf.

Setelah dua tahun di Medan beliau sekeluarga berpindah ke Padang. Kira-kira dua bulan di Padang, beliau pindah pula ke Palembang. Disana beliau terus mengajar dan memberi pimpinan kepada orang-orang yang berminat dengan ilmunya. Di sinilah (kira-kira tahun 1958) beliau mula menulis/mengarang bukunya ‘Diriku Yang Kukenal.’ (Penulisan buku ini tamat kira-kira 10 atau 11 tahun kemudian dan dikemukakan ke St. Olav’s Academy, Perancis, sebagai tesis untuk melayakkannya memperolehi ijazah ‘Doctor of Philosophy’ yang diterimanya pada hari sabtu 12 Jun 1971)

Beliau masuk ke Singapura pada tahun 1960 dengan perantara Nasir Adnin dan pada kali keduanya ke Singapura beliau bersama Nasir masuk ke Malaysia (Tanah Melayu) melalui Johor Bahru dan kemudian terus ke Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain. Apabila berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, beliau yang ketika itu berada di Malaysia terpaksa balik ke Indonesia bersama Nasir melalui jalan darat dari Sabak Bernam ke Kelantan, Golok, Narathiwat dan terus ke Bangkok. Dari Bangkok mereka menaiki kapal membawa beras ke Jakarta.

Apabila konfrantasi berakhir pada tahun 1966, beliau bersama Nasir datang semula ke Singapura dan Malaysia. Sejak itu Bapak semakin kerap datang ke kedua-dua negara berkenaan secara bersendirian. Namun, pada pertengahan 1971, beliau dilarang masuk ke Singapura. Beberapa orang ‘anak didik’ Bapak Dr. Bagindo Muchtar sendiri dikatakan telah membuat laporan yang menyebabkan pihak Imigresen mengambil ketetapan untuk melarang kemasukan beliau ke negara berkenaan.

Pada tahun 1972, beliau sekeluarga pindah ke Jakarta dan sering berulang-alik ke Malaysia, apatahlagi semasa suami kepada anak yang sulung, Haji Salam Ghani berkhidmat di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Pada tahun 1973, iaitu ketika dalam siri lawatan ke Malaysia dan sewaktu mahu berangkat pulang ke Jakarta, beliau mengalami muntah darah. Keberangkatan pulang dibatalkan dan beliau dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh anak dan menantunya Haji Salam Ghani. Beliau kemudian dipindahkan dari rumah Hospital Besar Kuala Lumpur ke Hospital Lady Templer, Cheras. Beliau tinggal di hospital berkenaan selama dua bulan. Walaupun dibenarkan pulang ke Indonesia, beliau sering datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil ubat dan menemui orang-orang kepercayaannya iaitu Haji Kamarudin Amin, Haji Jamil Samad, Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.

Pada tahun 1975, beliau ke Malaysia dalam rencana lawatan selama dua bulan. Namun baru sebulan sahaja berada di Malaysia, beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta. Sekembalinya dari lawatan itu, beliau jatuh sakit, tetapi masih berhasrat untuk ke Malaysia semula. Pada malam hari raya Aidilfitri beliau mulai payah bernafas dan pada keesokkan harinya dimasukkan ke rumah sakit. Beliau ditempatkan di wad jantung selama dua hari. Pada hari Jumaat 10 Oktober (jam 04.00 pagi waktu Jakarta), dihadapan isteri keduanya Ibu Hajjah Hasnah, ketiga-tiga puterinya, menantunya Haji Abdul Salam Ghani dan seorang anak didiknya bernama Ibu Yasmimar Alwi, Bapak Dr. Bagindo Muchtar pulang ke Rahmatullah.

Rabu, 19 Oktober 2011

kuliah dan atikel

salam semua kpada ahli bbm kemaafan saya mohon..kuliah dan atikel dari tokayah berakhir dulu dihalaman 64 muka surat...kesemuanya saya telah postkan dalm blog ini...bacalah bg ahli bbm x faham rujuklh pada guru2 anda..ada 2 3 atikel yg sy x post dalam blog ni kerana ia berkaitan dangan amalan..insyallah jika ada lago atikel2 atau kuliah dari guru tokayah saya akan terus postkan dlm blog ni.wslm

kisah hamba dan raja


Pada suatu ketika dahulu ada seorang hamba yang fakir tinggal dihujung negeri diluar kota,dia amat duka cita atas keadaan nya yang miskin itu hati sentiasa resah dan atas kemelaratan yang menghimpit dirinya,lau iapun termenung sendiri memikirkan jalan penyelesaian maka ia dapat satu idea iaitu ingin pergi ke kota raja dan berjumpa denga sang raja ingin minta bantuan dari raja itu,maka berangkatlah ia menuju kearah kota raja dengan harapan penuh dihati moga2 raja itu sudi membantu nya,selang beberapa ketika iapun sampai lah ke kota raja itu,pintu istana berkungci di ketuknya beberapa kali seingat banyak kali lah,lalu keluarlah pengawal maka si pengawal itu bertanya,,,,
p-siapa kamu?
h-aku hamba yang fakir.
p-apa mau mu?
h-ingin mengadap raja.
p-baiklah
h-trm kasih.
lalu pengawal itu pun membuka kunci pintu pagar istana itu lalu masuklah si hamba itu,dan apa bila masuk ke istana mengadap sembahlah ia kpd si raja ampun tuanku beribu ampun harap patik mohon di ampun sembah patik pacar yang hina mohon bantuan daulat tuanku,.....raja yang sedang berada diatas singgahsana itu pun bertanya....

R-siapa kau?
h-hamba adalah rakyat tuanku dr kg baru,
R-apa hajatmu datang mengadapku?
h-mohon bantuan dr tuanku.
R-bantuan apa?
h-harta dan dinar kerana hamba ini orang miskin tuanku.
R-baiklah
h-trm kasih tuanku,
R-sama-sama,akan tetapi aku ingin menayaimu dulu dgn beberapa soalan?
h-baiklah tuanku akan tetapi kalau patik tk dapat menjawapnya patik mohon ampun dr tuanku.
R-baiklah.
h-apa soalannya?
R-antara hamba dan raja dimanakah bezanya?
h-raja disembah,hamba menyembah
R-dimanakah mulianya raja dan hina nya hamba?
h-kaya dan miskinlah tuanku akan bezanya
R-apakah yang ada pada raja dan pada hamba?
h-kekayaan pada tuanku kemiskinan pada hamba

baiklah hambaku aku akan kurniakan apa yang kau mahu tetapi kau perlu ingat janganlah kau lupa akan kurniaanku ini,krn kemurkaanku atasmu menyebabkan kau akan dihina nanti........baiklah tuanku kata si hamba,atas dasar kemurahanku padamu aku anugerahkan padamu suatu kunci gedung rahsia didalam gedung itu ada berbagai khazanah maka kau bukalah dengan anak kunci itu serta aku berikan kau suatu ucapan keramat yang dapat kau gunakan untuk mendatangiku bila2 waktu tanpa ada yg menghalangi nya,kunci itu aku namakan kunci wasiat,dan ucapan itu adalah kalimah agung tauhid sejati,ucapkanlah dan gunakanlah ia,
hamba berkata...trm kasih tuanku atas kemurahan tuanku pada patik ini.pulanglh dan ingatlah rahsiakan hal ini kerana orang diluar tidak tahu akan hal ini,hanya kau dan aku saja yg tahu,tutup mulutmu,pekakan telingamu,bisukan mulutmu,,,,,,baiklah tuanku.pulangnya hamba dr istana raja dgn hati yg tenang,kurnia didapati khazanah diperolehi,kini hamba itu sudah menjadi senang dan kaya sehingga kedudukannya tiada beza antara dia dan raja,namun raja adalah raja dan hamba adalah hamba pangkat dan darjat pasti ada walaupun bersama duduknya.pengakuan hamba kpd tuannya tetap ada,walaupun orang luar memangilnya tuan juga,

ubati

ubatilah dirimu dulu sebelum kau mengubati orang lain,sesungguhnya hati yang sakit itu lebih peritnya dari badan yang sakit,penderitaan ini amat2lah berat kalau kita tidak mengubatinya,kau yang telah mengalami barah hati batin yang serius perlu mencari penawar dan ubatnya dan jika kau telah mempunyai ubat dan penawarnya maka jangan kau bertangguh lagi,kita yang terlupa akan keadaan ini perlu sedar bahawa fitnah yang akan menimpa kita akibat penyakit ini,kalau kita perhatikan dalam2 akan hal ini maka kita akan temui ramai manusia yang menderita penyakit ini.
barah hati.......
perbaikilah keadaan mu itu dengan apa yang ada padamu ini pesan bapak dan ia ada persamaan dengan firman tuhan iaitu......QU ANFUSAQUM WA AHLI KUM NAARA...(jagalah dirimu
dan keluargamu dr api neraka)
hati yang berpenyakit akan menimbulkan rasa yang tidak baik bagi diri kita ini,ingatlah wahai saudaraku akan hal ini.
antara penyakit2 yang terbit dari nya adalah........
1) takabbur
2) riak
3) ajib
4) sombong
5) dengki
6) loba pada makanan
7) loba pada perkataan
9) cinta pada dunia berlebihan
10) bersangka buruk terhadap orang lain.
untuk itu kita perlu banyak merenung dan meneliti dan memuhasabah akan diri sendiri agar kita tetap dapat menjaga hati dan merawat hati kita ini dari penyakit2 yang berbahaya dan akan membawa kita kelembah kebinasaan,

MAARIFATKU DIDALAM JALAN BBM


Merenung,menyerah menduduki dan mengikuti pada tempatnya adalah kaedahku bagi mendapatkan rahsia ilahiah atau sir allah,AKU yang datang dr tuhan kini menjadi diri kepada badan menerima aliran tuhan gerak dan daya ia sertakan,AKU adalah penyata bagi semua af'alullah segala yang terjadi dibawah minda bawah sadarku itu adalah kelakuan af'alullah semata-mata,bermula dr situlah aku mula bermakrifat pada tuhanku,aku mula memandang akan nur ilahi padaku ini,nah inilah pernemuanku pada jalan ini aku memandang dan merasai akan keadaan sebenar sampai aku merasa aku telah tiada walaupun aku ada kerana maujudnya aku itu adalah dari juzuk zat yang maha kuasa,kudrat dan irodhatnya lah yang berlaku padaku ini,bergerak dan berbuat semua itu adalah kudrat dan kehendaknya jua,kini aku menduduki tempat itu kalu dulu aku diluar iaitu badan kini aku didalam iaitu ketuhanan,dan kini aku menyatakan tiada lah yang berkuasa antara badan dan aku melainkan akulah yang berkuasa kerana AKU ini adalah kenyataan dr yang esa,nur muhammad itu adalah kenyataan ku dan nurullah itu adalah hakikatku,kini aku faham bahawa tiadalah yang ada kecuali satu jua iaitu AKU,aku menduduki tempat dan memiliki kedudukan yang tiada cacat cela aku sempurna lagi menyempurnakan krn kedudukanku itu,aku adalah nur asal dr nurullah itulah yangku nampak yangku lihat yangku tahu dr perjalanan gerak yang ku dapat,kini aku meletakkan semua gerak itu adalah gerak allah semata-mata kerana disaat aku bergerak aku tidak jumpai dan tidak ada dalil untuk menyatakan itu perbuatan orang luar(hamba) diri yang berdiri adalah pancaranku dan pancaranku itu adalah cahaya kesempunaanku,untuk itu aku mulai kenal akan diriku kerana ia terpancar pada cermin makrifatku,diriku yangku kenal itu merupakan pancaran nur dan ia adalah sifat2 kesempurnaan bagiku,maka sebab itulah aku tahu bahawa ianya adalah diriku,diri(keadaaan) lah yang menjadi dalil untuk aku menyatakan akan setiap kali aku menghubungi tuhanku,aku lah ketuhanan memiliki kesempurnaan,kenyataan tuhan itulah AKU,AKU fana dalam keadaan baqo mengapa terjadi begitu nah!!!!!! kerana yang fana itu adalah aku jua dan yang baqo itu pun aku jua,fana pada keadaan diriku kerana tanpa aku mana munkin terbitnya diriku,baqo pun aku kerana kenyataanku menyatakan dan akulah penyata baginya,AKU yang ku faham adalah ganti nama bagi sifatullah,mana mungkin zatku yang azali akan zahir kerana zatku tidak ada menyerupai sesuatu pun makanya akulah yang nyata itu aku mengatakan satu pada kesatuan dua pada keadaan tiga pada kezahiran empat pada kenyataan.........zat sifat asma dan af'al semuanya itu satu sahaja...........wujud yang satu itulah makrifatku tk kiralah siapakah engkau namun yang membezakan kita ini adalah jasad itupun dalil mukholafatuhul lil hawadist pada pembetukkan kezahiran dan apabila ianya ada perbezaan maka diripun berbeza pada keadaannya.akan tetapi datang dari tempat yang sama.hakikat nurullah dan nur muhammad jua adanya,perlu di ingatkan jasad ini terjadi dari hawa nafsu dan ia adalah berhadas maka diri yang suci itu menerima suatu tempat yang kurang baik apakala itu diri akan mengikuti keadaan yang terjadi itu,maka itulah kita wajib membersihkan keadaan kita itu agar ia menjadi sempurna sesuai dgn keadaan asal iaitu nurullah,nurul muhammad,nurulllah itu aku jua=martabat zat,nurul muhammad=martabat sifat(keadaan).apabila ia kembali seperti asal nya maka ia akan berkamil dan dalam ilmu gerak ini berkamil adalah gerak itu sendiri sifatnya kamil kerana tanpa perkamilan antara nurullah dan nurul muhammad tidak akan terjadi gerak maka itulah hakikat makrifat didalam ilmu BBM yangku temui dan yangku duduki kini.
fana=hilang ujud kudratku didalam ujudullah-dlm gerak
baqo=nyata ujud asalku didalam ujuidullah-dlm gerak
nyata=ada aku adalah ujudullah-zatku,sifatku,asmaku,af'alku-semasa bergerak
aku hamba=badan.
ini adalah permahamanku didlm pencarian,dan ku yakini ilmu gerak-terima kasih guru.
aku kini tiada apa2 lagi.berserah pada hakikatku sendiri iaitu NURULLAH

peringatan:
kalau tk faham usah di fikir2 kan. nanti biol

gerak dan rahsia daya guna.......


Sesungguhnya gerak yang kita telah dapat itu banyak daya gunanya kalau kita tahu membawa dan mengunakan nya,didalam ilmu BBM kita yelah maklum bahawa ilmu gerak ini banyak sekali rahsia yang terkandung didalam gerak itu maka tugas kita adalah mengkaji dan mencuba agar daya pembawaan nya berhasil.tenaga-tenaga ghaib yang terhasil dari pembawaan gerak itu merupkan titik mula untuk kita olah menjadi daya-daya kekuatan gaib mengikut niat dan hajat kita,anda boleh mengunakan kuasa ghaib itu untuk sesuatu keperluan contohnya......
1-membela diri(silat misal nya)
2-perubatan
3-mengubah kehidupan
4-kewibawaan diri
5-memajukan kerjaya
6-scan penyakit
7-memagar diri
8-melenyapkan diri dr pandangan musuh
9-memerintah makhluk halus dll
kalau kita yakini akan hal2 ini maka kita boleh test dan kita berkemunkinan besar akan merasa perubahan yang ketara pada keadaan yg kita hajatkan,daya-daya ghaib yang terbit dari pergerakkan akan bertindak sebagai pencetus kepada apa yang kita niatkan,suatu contoh........
kalau anda berada pada bidang perubatan maka secara asasnya air penawarlah yg selalu dibuat bagi memulakan sesi rawatan,maka proses mengisi daya-daya energy ghaib pada air itulah yang perlu kita fahami dan mempelajarinya secara lengkap agar daya-daya atau energy ghaib yang terhasil itu 100% terisi pada air itu.
proses mengisi...........
bermula dr membaca password kemudian doa serta berserah pd yg esa dan yg perlu kita lakukan lg ialah fokus letakkan telapak tangan atau hujung jari tangan anda berdekatan dengan
permukaan air maka zikirlah dan tumpulah pada rasa yg terasa dihujung jari2 anda itulah daya2 ghaib yang memancar dari dalam diri anda menembusi alam nya melalui jari2 anda ia akan terbentuk mengikut niat dan daya tumpuan kita(fokus) transfer energy ini terjadi melalui gerak,ikutilah gerak itu sehingga gerakan2 itu terhenti sendiri,kalau kita dapat melihat keadaan perubahan struktur molikul air maka kita akan terasa hairan,yaaaa inilah kebenaran nya molikul air akan tersusun secara baik sekali hasil dari proses pengisian daya2 ghaib,perlu kita tahu adalah sifat air,sifat semula jadi air akan berubah-ubah bila suatu hal yang berlaku padanya contohnya bunyi ini kerana air berfungsi secara semula jadi merakam,menyimpan dan memindahkan akan keadaan nya kpd sesuatu keadaan.
maka banyak lagi hal2 yang kita dapat lakukan dgn gerak dan rahsia daya ghaib itu.
aliran-aliran elektron,eion,baion,nitron yang mengalir dari dalam badan kita itu merupakan suatu tenaga yang amat kuat kuasanya,pergunakanlah apa yang ada padamu itu mengikut keadaan2 yang kita butuhkan dalam kehidupan ini,bagi anda yg telah memahami hal2 ini tingkatkan lagi tumpuan agar kita dapat lebih lagi akan manfaatnya,tetapi ingatlah egala-galanya atas ketentuan allah jua maka kita serahkanlah kpdnya segala apa yang kita ada ini.....saya hanya memberi contoh agar kita dapat memahami rahsia2 dr gerak,kalau anda sudah memahami sebagaimana contoh diatas baguslah kerana saya amat2 yakin dgn cara ini.gunakanlah gerak dan daya kuasa ghaib(pancaran nur ilahi) untuk mencipta kebahagiaan dialam maya ini,krn aku telah dapat nikmatnya walaupun aku ini baru dan jahil tp aku amat2 suka jalan ini........dunia dapat akhirat dapat.

PENYERAHAN YANG TIADA DIUNGKIT LAGI DR HAMBA KPD TUHAN


menyerahkan segala apa yang ada padamu itu baik zahir ataupun batin kepada tuhan semutlaknya dan dialah yang kita letakkan kepercaan yang jitu pada kekuasaan kudrat dan irodatnya,oleh itu kita wajib menyerahkan segala sesuatu yang kita punyai kpdnya dengan jalan tawwakal,penyerahan ini bukanlah penyerahan yang tiada usaha dan ikjtiar akan tetapi kita perlu meletakkan usaha dan ikhtiar itu adalah pergerakkan dari tangan qudrat dan irodhatnya jua,serahkanlah segala sesuatu itu kpd dia krn dialah yang maha kuasa atas segala-galanya,kalau kita lihat secara zahir memanglah kita yang melakukan usaha dan ikhtiar itu kerana kitalah yang zahir akan tetapi yang perlu kita ingati kezahiran kita ini adalah menyatan af'alullah jua hendknya,tawakkal yang sempurna itu adalah menyerahkan sesuatu itu kpd tuhan tampa ragu2 akan barang yang kita serahkan itu tiada makbul hilang atau rosak atau sebaliknya akan tetapi tetap yakin akan perlindungan tuhan kpd penyerahan kita itu terhadapnya,segala gerak dan geri,kehendak dan kuasa,uasaha dan ikhtiar,makbul atau pernolakan,terima atau tidaknya itu bukan urusan kita dan itu semua didalam bidang kuasa mutlak allah terkandung didalam takluk qobdah(gengaman) allah,yang pasti kita perlu husnu zhon(bersangka baik) terhadap tuhan.


ما من نفس تبديه الاّ وله قدر فيك يمضيه

Tiada satu nafaspun yang keluar dari diri manusia melainkan berasal dari pemberian Alloh SWT bukan dari manusia itu sendiri. Dan dari tiap-tiap nafas yang mengalir tersebut terdapat takdir / kepastian Alloh terhadap diri kita, adakalanya berupa keta’atan, atau maksiyat, atau ni’mat atau ujian.

Maka setiap nafas yang terjadi pada diri manusia itu merupakan tempat/cawan bagi takdir Alloh Yang Maha Haqq. Dan sepatutnya kita senantiasa menjaga adab/tatakrama kepada-Nya.
Dan kiranya inilah makna ucapan para ulama :

الطرق الى الله بعدد أنفاس الخلق

Jalan kepada Alloh sebanyak hitungan nafas para makhluk.
Dan bukankah tiada sesuatupun yang terjadi di dunia ini melainkan ada peran serta Alloh di dalamnya, tidak terkecuali nafas kita. Dan manakala nafas itu berlalu, maka saat itu juga waktu juga berlalu, dan umur kita juga berlalu tanpa bisa kembali lagi ke zaman dahulu. Oleh karena itu sayang sekali jika perbendaharaan yang tiada ternilaih ini dilewatkan begitu saja tanpa membawa makna penghambaan diri kehadirat Alloh SWT.

Dari itulah beberapa thariqah mengajarkan kepada kita zikir hifzul anfas, yaitu zikir menjaga nafas kita agar tidak berlalu dengan sia-sia, antara lain dengan melafalkan kalimat هو (Hu/Dia) ketika menarik nafas dan melafalkan lafaz لله ketika melepaskan nafas (dan itu dilakukan dengan zikir sirr/tersembunyi tidak terucap di lidah tetapi mengalir di dalam hati). Dan tentu saja lebih sempurna jika dilakukan dibawah bimbingan seorang syaikh thariqah.

Do’a hanya untuk melahirkan rasa butuh kepada-Nya

طلبك منه اتّهام له وطلبك له غيبت منك له وطلبك لغيره لقلت حيائك منه
Permintaanmu kepada-Nya (untuk memperoleh apa engkau inginkan) adalah kekhawatiran dan keraguanmu terhadap-Nya, dan pencarianmu kepada-Nya menunjukkan kehilanganmu terhadap-Dia, dan permintaanmu untuk sesuatu selain-Nya berarti sedikitnya rasa malu dirimu kepada-Nya
Yakni sesungguhnya seorang murid (yang sedang berproses mendekatkan diri kepada Alloh melalui bimbingan seorang guru), hendaklah menyibukkan diri di tengah perjalanannya dengan sesuatu yang dapat mendekatkan dirinya kepada Alloh SWT, dengan melaksanakan berbagai amal shaleh, dan tidak menyibukkan hatinya untuk mencari sesuatu yang lain karena sesungguhnya yang demikian ini tercela dan dapat menjadi sebab terputusnya perjalanan menuju Alloh. Karena sesungguhnya permintaanmu kepada-Nya agar Dia memberimu makanan atau rizki yang kamu harapkan dapat menguatkan dirimu dalam perjalanan menuju kepada-Nya apalagi keinginanmu mendapatkan lebih dalam hal rizki, sebenarnya yang demikian itu adalah kekuatiran (keraguan) dirimu kepada-Nya bahwa Dia tidak akan memberimu rizki. Karena sesunguhnya apabila kamu yakin kepada-Nya didalam menyampaikan kemanfaatan dan kebaikan kepada dirimu meski tanpa engkau minta, dan engkau yakin bahwa Dia lebih mengetahui akan kebutuhanmu, niscaya Dia mampu menyampaikan semua itu kepada dirimu tanpa engkau minta sekalipun.
Dan pencarianmu kepada-Nya dengan mencari kedekatan terhadap-Nya, dan keinginan hilangnya hijab / tirai yang menghalangi antara dirimu dengan-Nya sehingga engkau bisa
menyaksikan-Nya dengan mata hatimu, itu menunjukkan kehilangan pandanganmu atas-Nya. Karena sesungguhnya apabila sesuatu itu hadir tidaklah ia memerlukan pencarian.
Dan permintaanmu kepada-Nya untuk (nendapatkan) sesuatu selain-Dia berupa beberapa macam harta benda dunia dan kemewahannya, dan beberapa keistimewaan semacam karomah, mukasyafah (terbukanya tirai), ahwal (beberapa kondisi spiritual) dan maqamat (beberapa kedudukan), semua itu menunjukkan sedikitnya rasa malu dirimu kepada-Nya. Karena jika engkau memiliki rasa malu kepada-Nya, niscaya engkau tidak akan menoleh kepada yang lain ataupun mencari sesuatu selain-Dia.
Dan permintaanmu kepada selain-Dia dengan menyandarkan diri kepada manusia didalam mendapatkan sesuatu harta benda dunia yang disertai rasa lalai terhadap Tuhannya, yang demikian itu menunjukkan jauhnya dirimu dari-Dia. Karena jika engkau dekat dengan-Nya, niscaya yang lain pasti jauh darimu. Demikian pula jika engkau menyaksikan dekat-Nya Dia denganmu, niscaya sudah mencukupimu dari kebutuhanmu kepada sekalian makhluk-Nya.
Oleh karena itu semua jenis meminta-minta bagi seorang murid pada hakekatnya kurang dibenarkan baik itu ditujukan kepada Al-Haq apalagi kepada makhluk kecuali permintaan itu dilakukan untuk sarana media beribadah kepada-Nya dan untuk memelihara etika dan tatakrama kepada-Nya dan untuk melahirkan rasa butuh kepada-Nya.Adapun orang ‘Ariif, maka mereka tiada melihat selain hanya Alloh Ta’ala semata, yang mereka cari secara hakikat bukan dari makhluk meskipun secara lahiriah yang mereka dapatkan adalah melalui perantaraan makhluk.